Selasa, 27 April 2010

Assalamualaikum, salam ukhuwah dan salam perkenalan




Ahlan wa sahlan & Selamat Datang ke perhentian minda.. untuk kaum ADAM dan HAWA yang hidup bertunjangkan ajaran ILAHI... Jom renung-renungkan.. dan kongsilah idea,ilmu dan maklumat serta pengalaman dala menyelesaikan sebarang masalah atau isu yang dipaparkan. Walaupun anda tidaklah sehebat 'hero superman' tetapi anda telah membantu orang lain menerusi perkongsian ilmu anda dalam 'hentian minda ini'...SESUNGGUHNYA ORANG YANG MEMPERMUDAHKAN URUSAN LAIN, PASTI TUHAN AKAN MEMPERMUDAHKAN URUSANNAYA,INSYA ALLAH.inna maal usri yusra!!

Cinta Adam dan Hawa




Cinta adam dan Hawa,
Kekal bersemi ke hari ini,
melalui jalinan kasih berdua,
lahirlah zuriat keturunan hingga kini...

Sesungguhnya 'cinta' merupakan antara kunci kebahagiaan bagi kaum 'ADAM' dan 'HAWA' dalam melayari bahtera kehidupan berumahtangga. 'cinta' yang bertunjangkan 'CINTA ILAHI' akan mewujudkan dan melahirkan sebaik-baik perhiasan di dunia iaitu 'isteri solehah' dan 'qurratulain' anak soleh penyenang atau penghibur hati. Seperti yang dicatatkan dalam surah ar-Ruum ayat 21 yang bermaksud : " dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Namun, dalam arus globalisasi ini, cinta yang wujud di kalangan pasangan muda-mudi adalah cinta yang berlandaskan hawa nafsu semata-mata. hubungan suci yang wujud bermula dari Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa telah dicemari dengan hubungan 'terlarang' dan 'tidak halal'. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa adanya kawalan dan didikan asas agama merupakan antara faktor utama berlakunya 'hubungan cinta nafsu' ini.Kecanggihan teknologi maklumat yang berada 'di hujung jari', serta 'menghidangkan' pelbagai info tanpa sempadan namun tidak menjamin kemanfaatan seperti video-video lucah, rakan sembang yang mengarah kepada gejala seks bebas menjadi 'penghias' dan daya penarik utama media teknologi maklumat kini yang mudah menjerat hati para remaja yang bersifat ingin tahu."tepuk dada.. tanya selera..info entah ke mana.. hanya jalan menuju sengsara."
'Bahana' inilah yang menjerumuskan remaja-remaja kini ke lembah 'cinta terlarang' yang bermotifkan keseronokkan semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab dan kesengsaraan yang akan melanda iaitu 'kelahiran tanpa dipinta' zuriat keturunan adam dan Hawa yang tidak berdosa tetapi menjadi mangsa. Rentetan hilang arah dan takut maruah diri dan keluarga tercemar, 'membuang' zuriat menjadi jalan selamat tanpa memikir akibat dan balasan di akhirat!..

Sayang.... kenapa aku dibuang ? !!


Suatu Ketika dulu, di zaman jahiliyyah, ibu-ibu yang melahirkan anak perempuan akan ditanam hidup-hidup!. Ini berlandaskan pegangan nenek moyang mereka yang menyifatkan anak perempuan hanya membawa bebanan. Di samping itu, ajaran Islam belum meluas sehinggalah diutuskan Rasulullah saw.
Namun itu dahulu, kini, 'tradisi' itu berulang semula tetapi tanpa mengira jantina,cacat atau sempurna, anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa 'kejahilan' ibu yang hanya mementingkan diri, setelah merasai 'nikmat syurga duniawi'( hubungan kelamin terlarang), tanggungjawab dibuang ke tepi.
Tong sampah, ulat atau semut menjadi saksi kelahiran yang tidak dipinta. kadangkala, menjadi santapan anjing liar yang terhidu bau hanyir darah. Kebelakangan ini,kes 'pembuangan bayi' menjadi tajuk utama media massa samada melalui berita televisyen ataupuan akhbar harian. Siapakah yang harus dipersalahkan ?.
Sesungguhnya, semua yang berlaku ini adalh ujian kepada kita umat akhir zaman ini. Pelbagai kemajuan dan kemudahan telah dinikmati, namun tidak semuanya memberi manfaat kepada jiwa dan hati. Kita sebagai manusia perlu menginsafi bahawa penciptaan kita adalah untuk menerima ujian atau tarbiyah dari Ilahi.Firman Allah dalam surah al-ankabut ayat 2, yang bermaksud : " apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan "kami telah beriman!", sedang mereka tidak diuji lagi?".
Oleh yang demikian, kita seharusnya tidak mudah menuding jari untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu sahaja.Ini kerana, ketika kita 'menunjuk' sesuatu, hanya 1 jari yang mengarah ke tempat yang dikehendaki, 4 jari lagi mengarah kepada diri kita sendiri, renung-renungkanlah..

Generasi tanpa status ? !





" Bagi para remaja yang gemar 'bersosial' di luar sana, pesan saya, ingat-ingatlah.. jangan hanya tahu berseronok tetapi tidak tahu bertanggungjawab. Fikirkanlah anak adalah amanah Allah dan permat yang tiada bendingannya.Ia mempunyai potensi yang besar kepada sesebuah negara. Sekiranya ia 'dibuang' maka, lenyaplah permata yang berharaga yang tiada gantimya ". Dengan muka yang sugul, seorang pemuda berumur 24 tahun menyampaikan isi hatinya dalam salah satu slot bual bicara dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) terbitan TV3 baru-baru ini. Beberapa minit mengikuti temu bual tersebut, hati ini tersentap apabila mengetahui bahawa pemuda tersebut merupakan antara mangsa 'pembuangan bayi' 24 tahun yang lalu.
Manyusuri pengalaman hidup 'mangsa pembuangan bayi' yang dikenali sebagai Mohd. Khairuddin bin Abdullah yang membesar di asarama jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat di salah sebuah negeri di Malaysia iaitu di sekitar negeri Selangor, sungguh menyedihkan dan menyayat hati.
Kesunyian beliau mula terasa ketika rakan-rakan lain dilawat oleh keluarga yang menjenguk mereka di asrama jagaan. Anak-anak jagaan di asrama kebajikan tersebut terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya anak yatim tapi mempunyai waris dan keluarga, anak yang terdiri daripada keluarga yang kurang mampu namun masih punya ibu bapa dan keluarga berbanding dengan diri seorang 'anak yang dibuang', kehidupan anak-anak lain jauh lebih bernasib baik kerana punyai saudara-mara.
Mohd. Khairuddin mula memikirkan hal memikirkan asal-usulnya dan berusaha menjejak keluarganya seawal umur 9 tahun. Namun, semuannya menghampakan. Tiada rekod kelahiran apatah lagi nama-nama waris jauh sekali. Pernah satu ketika beliau mula berusaha menari asal-usul keluarga. Namun, semuanya hampa. Tiada rekod kelahiran apatah lagi nama-nama waris jauh sekali. Pernah suatu ketika, beliau baru ungin merasai kasih sayang berkeluarga bersama sebuah keluarga angkat, tapi harapannya sia-sia belaka. Beliau telah didera lalu melarikan diriuntuk kembali semula ke asrama kebajikan.
Tika itu, rasa ingin membunuh diri timbul dalam diri Mohd. Khairuddin. Perasaan sedih dan kecewa menyelubungi hatinya. Sesungguhnya allah Maha Pengasih lag Maha Penyayang.ujian yang diberikan Allah kepada hambaNya adalah mengikut kemampuan mereka. Seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang antara lain membawa maksud: " Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".Dalam menghadapi kesusahan, Mohd. Khairuddin sebenarnya tidak bersendirian, masih ada yang menyayanginya.Ustaz yang juga merupakan tenaga pengajar di asram kebajikan tersebut telah menyuntik semangat dan bimbingan agama kepada Mohd. Khairuddin dalam dia meniti masa membesar menjadi seorang dewasa.
Berkat ilmu dan kesungguhan yang diusahakan, maka Mohd.Khairuddin berjaya memperolehi ijazah dan meneruskan hidup dengan kerjaya yang boleh dibanggakan iaitu dalam bidang IT (Teknologi Maklumat). Beliau sangat bersyukur dengan apa yang dikecapi. Namun di sebalik kegembiraan yang diperolehi, wujud di lubuk hati mengenai persoalan apakah status dirinya ?. Berdasarkan Jabatan pendaftaran Negara beliau tidak diiktiraf sebagai warganegara dan hanya layak memiliki kad Pengenalan BERWARNA MERAH!, Dimanakah silapnya?. wajarkah status yang diperolehinya ?. Fikirkanlah demi generasi Malaysia...