Selasa, 27 April 2010

Sayang.... kenapa aku dibuang ? !!


Suatu Ketika dulu, di zaman jahiliyyah, ibu-ibu yang melahirkan anak perempuan akan ditanam hidup-hidup!. Ini berlandaskan pegangan nenek moyang mereka yang menyifatkan anak perempuan hanya membawa bebanan. Di samping itu, ajaran Islam belum meluas sehinggalah diutuskan Rasulullah saw.
Namun itu dahulu, kini, 'tradisi' itu berulang semula tetapi tanpa mengira jantina,cacat atau sempurna, anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa 'kejahilan' ibu yang hanya mementingkan diri, setelah merasai 'nikmat syurga duniawi'( hubungan kelamin terlarang), tanggungjawab dibuang ke tepi.
Tong sampah, ulat atau semut menjadi saksi kelahiran yang tidak dipinta. kadangkala, menjadi santapan anjing liar yang terhidu bau hanyir darah. Kebelakangan ini,kes 'pembuangan bayi' menjadi tajuk utama media massa samada melalui berita televisyen ataupuan akhbar harian. Siapakah yang harus dipersalahkan ?.
Sesungguhnya, semua yang berlaku ini adalh ujian kepada kita umat akhir zaman ini. Pelbagai kemajuan dan kemudahan telah dinikmati, namun tidak semuanya memberi manfaat kepada jiwa dan hati. Kita sebagai manusia perlu menginsafi bahawa penciptaan kita adalah untuk menerima ujian atau tarbiyah dari Ilahi.Firman Allah dalam surah al-ankabut ayat 2, yang bermaksud : " apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja)mengatakan "kami telah beriman!", sedang mereka tidak diuji lagi?".
Oleh yang demikian, kita seharusnya tidak mudah menuding jari untuk menyalahkan pihak-pihak tertentu sahaja.Ini kerana, ketika kita 'menunjuk' sesuatu, hanya 1 jari yang mengarah ke tempat yang dikehendaki, 4 jari lagi mengarah kepada diri kita sendiri, renung-renungkanlah..