Selasa, 27 April 2010

Cinta Adam dan Hawa




Cinta adam dan Hawa,
Kekal bersemi ke hari ini,
melalui jalinan kasih berdua,
lahirlah zuriat keturunan hingga kini...

Sesungguhnya 'cinta' merupakan antara kunci kebahagiaan bagi kaum 'ADAM' dan 'HAWA' dalam melayari bahtera kehidupan berumahtangga. 'cinta' yang bertunjangkan 'CINTA ILAHI' akan mewujudkan dan melahirkan sebaik-baik perhiasan di dunia iaitu 'isteri solehah' dan 'qurratulain' anak soleh penyenang atau penghibur hati. Seperti yang dicatatkan dalam surah ar-Ruum ayat 21 yang bermaksud : " dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Namun, dalam arus globalisasi ini, cinta yang wujud di kalangan pasangan muda-mudi adalah cinta yang berlandaskan hawa nafsu semata-mata. hubungan suci yang wujud bermula dari Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa telah dicemari dengan hubungan 'terlarang' dan 'tidak halal'. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa adanya kawalan dan didikan asas agama merupakan antara faktor utama berlakunya 'hubungan cinta nafsu' ini.Kecanggihan teknologi maklumat yang berada 'di hujung jari', serta 'menghidangkan' pelbagai info tanpa sempadan namun tidak menjamin kemanfaatan seperti video-video lucah, rakan sembang yang mengarah kepada gejala seks bebas menjadi 'penghias' dan daya penarik utama media teknologi maklumat kini yang mudah menjerat hati para remaja yang bersifat ingin tahu."tepuk dada.. tanya selera..info entah ke mana.. hanya jalan menuju sengsara."
'Bahana' inilah yang menjerumuskan remaja-remaja kini ke lembah 'cinta terlarang' yang bermotifkan keseronokkan semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab dan kesengsaraan yang akan melanda iaitu 'kelahiran tanpa dipinta' zuriat keturunan adam dan Hawa yang tidak berdosa tetapi menjadi mangsa. Rentetan hilang arah dan takut maruah diri dan keluarga tercemar, 'membuang' zuriat menjadi jalan selamat tanpa memikir akibat dan balasan di akhirat!..